Aku melangkah yakin dan pasti
menoleh bukan tabiat diri
yang awas berjalan seiring
yang cuai tinggal.
Aku melangkah yakin dan pasti
tak mungkin kaupintas dengan kaki
yang dapat memintas hanyalah akal
yang cekap dan cekal.
Padaku tersandar sumpah-Nya
tentu rugi engkau
kecuali padamu ada percaya
ada amal
ada nasihat.
Jangan jadi seteguh karang, kerana seteguh-teguh karang
kan mati jua akhirnya, malah tika hidup pun ada yang
kecewa, terdampar di pantai masih berwarna.
Jadilah seteguh masa, tidak menoleh kebelakang walau
seketika. Tidak kecewa dan berundur walau apa jua. Tidak
henti ke hadapan walau apa jua rintangan.