Make your own free website on Tripod.com
 
Tinta Hikmat : Kemaskini - 12 Januari 2006   BAHASA JIWA BANGSA........BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KITA  


MENU


BAHASA SAJAK

 

SAJAK

  • AGAMA

  • SOSIAL

  • POLITIK

  • ULASAN SAJAK PILIHAN

     


    LAMAN UTAMA

     

     

    ULASAN SAJAK PILIHAN

    AKU, ABDULLAH POGADAEV, DAN RAFFLES

    • Tema dan Persoalan


    Tema kepentingan bahasa rasmi negara Malaysia iaitu bahasa Melayu yang semakin di pinggirkan oleh rakyatnya. Persoalan yang dikemukakan ialah Bahasa Melayu semakin terpinggir di negara kita Malaysia akibat adanya golongan yang memuja bahasa Inggeris dan memandang rendah kemampuan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu atau dalam bahasa yang lebih tepat “ Mereka tidak cintakan Bahasa Melayu.” Memang benar Bahasa Inggeris adalah bahasa ilmu yang perlu dipelajari namun sikap menganak tirikan atau meminggirkan Bahasa Melayu itulah yang dikesalkan.

     

    • Tafsiran Tajuk Sajak Ini...

    Nama Raffles memang sudah dikenal ramai terutama di kalangan ahli sastera dan ahli sejarah kerana nama itu ada kaitan dengan pengumpulan manuskrip melayu lama dan sejarah penjajahan Inggeris di negeri-negeri Melayu.

    Walaupun ada yang menganggap musnahnya manuskrip melayu lama itu berpunca dari Raffles , kerana kapal yang membawanya terbakar dan tenggelam, namun usaha beliau mengumpulkan manuskrip itu tetap di ingati.

    Abdullah Pogadaev pula ialah nama kepada Dr. Victor Pogadaev berasal dari Rusia dan kini menjadi pensyarah bahasa dan budaya Rusia di Universiti Malaya. Nama Abdullah Pogadaev di rakamkan oleh penyair kerana sumbangannya terhadap kesusasteraan Melayu terkini dengan menterjemahkan puisi-puisi yang ditulis oleh penulis Merlayu ke Bahasa Rusia. Selain itu Abdullah Pogadaev juga berkebolehan menulis sajak dalam bahasa Melayu. Sajak Dr Victor Pogadaev berserta ulasannya pernah tersiar di komuniti Penyair.

    Siapakah pula Aku? Aku bukan milik penyair seorang sahaja. Aku adalah pembaca sajak ini. Kalau judulnya PENYAIR, ABDULLAH POGADAEV DAN RAFFLES maka barulah aku itu milik Penyair itu seorang. Aku itu menjadikan pembaca merasa dirinya terlibat dengan persoalan yang ingin diperkatakan oleh penyair. Dengan arti kata lain penyair berjaya mengajak pembaca supaya merasa dirinya terlibat dengan persoalan yang dikemukakan.

    Melalui Sajak AAPDR Penyair melahirkan rasa kekecewaannya mengenai nasib Bahasa Melayu yang semakin terpinggir di tanah air sendiri. Perasaan yang sedemikian bukan sahaja di rasai oleh penyair tetapi juga oleh semua pencinta bahasa terlebih lagi penggiat sastera melayu. Mereka merasa amat kecewa kerana pihak yang diharapkan memperkasakan Bahasa Melayu telah melakukan sesuatu yang boleh melemahkan Bahasa Melayu.

     

    • Maksud Rangkap di dalam Sajak

    Mahu kutulis puisi
    dalam bahasa yang dia tidak mengerti
    agar di dalamnya dapat kusembunyi
    suatu luka bangsa
    yang terus meminggir bahasa sendiri

    Bagi Penyair usaha untuk meminggirkan Bahasa Melayu samalah seperti melukakan Bangsa Melayu. Cuma mereka yang “ buta mata hati” sahaja yang sanggup bersekongkol dengan penghianat bahasa. Mungkin bahasa ini terlalu kasar tapi apakah bahasa yang sesuai digunakan untuk mereka? Lebih melukakan hati bila mereka yang memandang dingin bahasa Melayu itu terdiri daripada tokoh-tokoh yang disanjung oleh rakyat. Mungkin tidak lama lagi Askar Melayu, Kereta Api Tanah Melayu dan Baju Melayu yang menjadi kebanggaan Bangsa Melayu kini akan hilang nama melayunya.

     

    Sedangkan dia berkelana ke mari
    mengangkat khazanah bahasaku
    dengan indah kata, indah rasa

    Yang dimaksudkan oleh Penyair, dia berkelana ke mari, mengangkat khazanah bangsaku dengan indah kata dan indah rasa itu ialah Abdullah Pogadaev.

    Kehadiran Abdullah Pogadaev di negara kita amat berarti kepada Penyair kerana beliau telah menterjemahkan puisi-puisi Melayu ke bahasa Rusia. Selain itu Abdullah Pogadaev juga menulis puisi dalam Bahasa Melayu dan keindahan bahasa “Kemelayuannya” setanding dengan penyair tempatan.

    Abdullah Pogadaev juga menyedarkan kita bahawa negara Rusia yang menjadi kuasa bersar dunia yang memiliki teknologi canggih boleh bermegah tanpa menggunakan bahasa Inggeris. Selain Rusia, Perancis, German, dan Jepun juga boleh maju dan berkembang ilmu pengetahuan mereka walaupun tidak mengagongan Bahasa Inggeris.

    Sebaliknya India yang sejak merdeka menjadikan bahasa Inggeris bahasa utama mereka, masih dianggap negara mundur hingga sekarang. Kerana itu sejauh manakah dakwaan yang mengatakan jika negara kita hendak maju mestilah menggunakan Bahasa Inggeris?

     

    Keringlah kesedihan
    jangan kaubasahi kertas tulisku

    Penyair merasa keringlah sudah airmata kesediahnnya melihat Bahasa Melayu masih dipandang sepi di negara sendiri. Kerana itu Penyair tidak mahu kesedihan itu berambah parah apabila semakin banyak usaha dibuat untuk meminggirkan Bahasa Melayu.

    Seperti mana yang kita maklum, negara kita telah mencapai kemerdekaan hampir 50 tahun. Dalam perlembagaan negara Bahasa Melayu adalah bahasa kebangsaan. Tetapi jika pelajaran yang terpenting di sekolah pun tidak di ajar dalam Bahasa Melayu, logo atau papan kenyataan di kedai dan di tepi jalan tidak di wajibkan menggunakan Bahasa Melayu malah surat perjanjian pinjaman Bank pun tidak dalam Bahasa Melayu, dan mereka lebih suka bercakap bahasa Inggeris dari Bahasa Melayu, apalah artinya Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan kita?. Benarlah kata Penyair bahasa Melayu telah terpinggir sejak merdeka…

     

    tidakkan mampu kaubasuh
    ego yang terus bernafsu
    menyiat daging bahasa
    dengan taring bisa

    Penyair sedar jerit pekik tangis rayu pencinta bahasa tidak mampu mengatasi rasa ego mereka. Malah dengan kuasa yang ada mereka boleh berbuat apa sahaja. Dan keputusan “Carca Murba” yang dibuat oleh mereka hanya akan merugikan Bahasa Melayu dalam jangka masa panjang.

    Kerana itu ramai yang merasa kurang senang bila matapelajaran Matematik dan Sains di ajar dalam Bahasa Inggeris bermula di sekolah rendah. Seperti mana yang kita maklum kedua mata pelajaran itu merupakan yang terpenting dan menjadi keutamaan pelajar. Mata pelajaran Sains pula merangkumi banyak bidang seperti kimia, bioloji, kajihayat dan sebagainya. Kerana itu ramai yang mempersoalkan, kalaulah mata pelajaran yang penting itu di ajar dalam Bahasa Inggeris di mana kedudukan Bahasa Melayu di mata pelajar kita?

     

    bagaimana mahu kujelaskan
    jika Tuan Raffles bertanya
    "Kenapa kaubiarkan
    mereka memijak-mijak kedewasaan bahasa sendiri
    bukankah sudah aku amanahkan
    kau menobat bahasamu ke taraf dunia"

    Penyair yang mempunyai rasa harga diri merasa malu dengan nasib yang menimpa bahasanya sendiri. Bagaimanakah slogan
    “ Bahasa Jiwa Bangsa” itu hendak diterapkan kepada anak-anak bangsa jika bahasa Melayu dipinggirkan? Penyair mengandaikan jika Tuan Raffles bangkit semula dari kuburnya dia akan bertanya kenapakah para sasterawan, ilmuan dan cendikiawan melayu berdiam diri bila Bahasa Melayu di anak titrikan?. Tuan Raffles tentu bertanya, kemanakah menghilangnya Abdullah Munsyi / Munsyi Abdullah yang diasuhnya dulu?. Sudah tumpulkah pena Tun Seri Lanang?. Sudah kelukah lidah Pendeta Za’aba?

     

    Aku hilang kata-kata
    untuk menjawabnya
    kalau mungkin aku bicara
    tentang suatu luka bangsa
    akan aku lakukan
    dalam bahasa yang tidak difahaminya
    buat melindungi malu

    Penyair seolah sudah kehilangan kata-kata untuk menjawab pertanyaan tersebut ibarat “ Anjing menyalak bukit “ atau “ Anjing menggonggong namun Kabilah terus berlalu.” Hanya yang mampu dilakukan oleh penyair ialah menyatakan rasa hatinya dalam bentuk puisi. walaupu bahasa puisi tidak difahami oleh mereka tetapi itulah kemampuan Penyair.

     

    tapi ini saja milikku
    bahasa Melayu
    yang kata mereka
    masa depannya sudah tiada.

    Bagi Penyair Bahasa Melayu tetap menjadi bahasa kesayangannya Kerana bahasa itu diwarisinya sejak turun temurun. Walau pun mereka bersikap dingin dan memandang serong terhadap Bahasa Melayu namun Penyair tetap merasa bangga kerana dia masih punya Bahasa.

     



    • ^TOP
       
      Copyright © nurira 2006
     

    RENUNGKAN....


    Buah akal ialah ilmu pengetahuan..buah jiwa ialah iman...buah fizikal ialah kemajuan...alangkah indahnya kalau ketiga-tiga anggota ini melahirkan buah dalam kehidupan.



    MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI:

    DALAM NEGARA

    e-sastera

    laman ilmiah

    berita harian online

    utusan malaysia online

     

    LUAR NEGARA

    harunyahya.com

    Islam at glance

    God and Science

     

    KHIDMAT MESRA PENGGUNA

     

    Untitled Document