Tinta Hikmat : Kemaskini - 12 Januari 2006   BAHASA JIWA BANGSA........BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KITA  


MENU


BAHASA SAJAK

 

SAJAK

  • AGAMA

  • SOSIAL

  • POLITIK

  • ULASAN SAJAK PILIHAN

     


    LAMAN UTAMA

     

     

    ULASAN SAJAK PILIHAN

    KEMATIAN

    • Tema

    Keagamaan, ketuhanan, dan kematian.

     

    • Bentuk Sajak

    Sajak “Kematian” ini dalam mengandungi satu rangkap sahaja yang terdiri daripada tigabelas (13) baris.Baris ketiga adalah baris
    terpendek mengandungi tujuh (7) sukukata iaitu Ber an sur tan pa pe san dan baris terakhir (13) Ke ma ti an bi sa me nya pa tak ki ra si a pa tak ki ra wa lau di ma na adalah terpanjang iaitu dengan duapuluh tiga (23) sukukata. Sajak ini adalah sajak bebas jika dilihat pada rima hujungnya iaitu a,b,c,c,c,c,c,c,c,c,a,d,a .

     

    • Maksud Ayat di dalam Sajak

    “Kematian sukar diterima”. Penyair mengeluarkan ungkapan ini kerana manusia terleka dengan dunia sehingga kematian yang merupakan Qadak Mubram ( yang tak boleh diubah dengan doa) pun sukar diterima seperti yang termaktub dalam Surah At-Takathur.

    “Menyapa tanpa dijemput ,Beransur tanpa pesan” iaitu kematian yang sukar diterima manusia itu adalah kerana hadirnya tanpa jemputan dan perginya tanpa pesan. Dek kerana kealpaan manusia,mereka lupa bahawa sebenarnya mereka menjemput maut di setiap kerdipan mata, setiap nafas yang disedut dan di setiap saat yang dilalui. Ini kerana semuanya itu tandanya bahawa mereka telah memamah detik-detik usia mereka.

    “Hanya kesedihan yang ditinggalkan,Kesepian dihadiahkan” adalah dua baris seterusnya sajak ini, akibat kematian, orang-orang tersayang di sekitar akan merasa sedih dan sepi ditinggalkan. Apatah jika yang meninggalkan kita adalah insan yang paling rapat dan bermakna dalam hidup kita.

    “Dugaan tuhan yang menguji keimanan” yang saya rasa ada dua tempat yang boleh diperbaiki. Yang pertama ialah kalimat dugaan,bagi saya kalimat ini lebih tepat jika diletakkan dengan perkataan ketentuan. Ini kerana walaupun mati itu satu dugaan, ia tidak seperti dugaan lain yang boleh dielak seperti kemalangan,dicegah seperti penyakit,dipilih seperti jodoh,dicari seperti harta tetapi mati adalah pasti dan ditentukan yang takkan tertangguh walau dielak dan dicegah juga takkan tercepat walau dipilih atau dicari seperti mafhum firman “Apabila sampai ajal mereka(sesuatu umat),tidak akan ditangguhkan walau sesaat dan tidak akan dipercepatkan”. Yang kedua ialah kalimat tuhan, kerana seperti yang pernah dimaklumkan oleh mentor-mentor di esastera.com ini, jika tuhan yang dimaksudkan adalah Allah Yang Maha Esa maka huruf “T” pada Tuhan mestilah huruf besar ( Kenapa? Kena tanya Sifoo Hasimah dan Prof. ) Jadi baris ini sepatutnya ditulis begini “Dugaan / Ketentuan Tuhan yang menguji keimanan” yang bermaksud kematian adalah ujian Tuhan demi menguji menguji iman manusia sejauh mana sabar,tabah dan reda mereka.

    “Namun kadangkala kerapuhan iman,Membuat kita salah pertimbangan,Menyalahkan takdir mencela tuhan” adalah tiga baris seterusnya sajak ini yang membawa maksud kerana kelemahan dan kerapuhan iman membuatkan manusia silap pertimbangan lantas mencela Tuhan kerana kematian yang menjenguk insan yang mereka kasihi dan cintai. Juga kesilapan pada huruf “T” pada tuhan(Tuhan) dan perkataan “kadangkala” dan “namun” boleh dipilih salah satu jika ingin menjimatkan perkataan ( tapi boleh digunakan kedua-duanya)

    “Moga diberi keinsafan,Terima takdir tuhan dan ketentuannya,Sememangnya hidup ini lawannya mati,Kematian bisa menyapa tak kira siapa tak kira walau di mana.” Ia merupakan harapan penyair agar diberi keinsafan oleh Allah supaya menerima takdir dan ketentuan-Nya dengan reda.Akhirnya penyair menegaskan bahawa hidup lawannya mati dan kematian akan berkunjung tidak mengira siapa ( walaupun Kekasih Allah sendiri) dan tak kira di mana saja samada di lautan,daratan,udara ataupun di dalam peti besi berkunci rapat sekalipun Malaikat Maut pasti datang dan kematian pun menjengah.

    “Terima takdir tuhan dan ketentuannya” terdapat kesilapan pada perkataan t(T)uhan dan pada perkataan “nya” yang merujuk kepada Allah sepatutnya ditulis dengan huruf besar pada awal perkataan dan digunakan tanda sempang iaitu ketentuan-Nya.

    “Kematian bisa menyapa tak kira siapa tak kira walau di mana.” Baris terakhir sajak ini masih boleh diperbaiki dengan meletakkan tanda koma menjadi “Kematian bisa menyapa tak kira siapa, tak kira walau di mana.” Juga perkataan tak kira dan walau pada hemat saya boleh dipilih salah satunya kerana membawa maksud yang serupa samada tak kira di mana atau walau di mana.

     

     


    • ^TOP
       
      Copyright © nurira 2006
     

     

    RENUNGKAN....


    Meningggalkan amal kerana manusia adalah riak'. Beramal kerana manusia adalah syirik, keikhlasan menjadikan Allah menyelamatkan kamu daripada keduanya".
    -al-Fudhail ibn Iyadz-

    MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI:

    DALAM NEGARA

    e-sastera

    laman ilmiah

    berita harian online

    utusan malaysia online

     

    LUAR NEGARA

    harunyahya.com

    Islam at glance

    God and Science

     

    KHIDMAT MESRA PENGGUNA

     

    Untitled Document