Tinta Hikmat : Kemaskini - 12 Januari 2006   BAHASA JIWA BANGSA........BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KITA  


MENU


BAHASA SAJAK

 

SAJAK

  • AGAMA

  • SOSIAL

  • POLITIK

  • ULASAN SAJAK PILIHAN

     


    LAMAN UTAMA

     

     

    SAJAK [ Sosial ]

    AKU TAK BERSALAH
     

    gambar sekadar hiasan


    Aku hanya segumpal kapas putih
    bersih nurani nafasku suci
    dan tiap sentuhan jemarimu
    aku tersenyum,tertawa riang bergelodak
    semilir tangisan rindu,mengiringi seksfon malam

     

    Sesalnya aku

    mencantas nalurimu dengan tangisan seksa

    mengikat bebas terbangmu ke angkasa raya

    tapi bukan pintaku,engkau yang mencipta

    wujudku

     

    Andai tersurat dari panji kejadian

    hadirku bukan permata ke ribaanmu

    aku rela mati,andai itu yang engkau mahu

    dari celik ke dunia

    yang hanya tetamu tong sampah

    terbiar di rumah Allah,pada pengasuh

    atau tepian jalan

    Cukuplah amarah alam bermaharajalela

    di gerbang sana

    dan aku,carilah harga kekhilafanmu

     

     




    • ^TOP
       
      Copyright © nurira 2006

     

    RENUNGKAN....


    Ukhuwah yang terbina umpama untaian tasbih..
    Ada awal tiada penghujung
    Dibuat untuk mengingati-Nya
    Dicantum kerana cinta-Nya
    Diratib semata-mata kerana redha-Nya





    MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI:

    DALAM NEGARA

    e-sastera

    laman ilmiah

    berita harian online

    utusan malaysia online

     

    LUAR NEGARA

    harunyahya.com

    Islam at glance

    God and Science

     

    KHIDMAT MESRA PENGGUNA

    Untitled Document