Make your own free website on Tripod.com
 
Tinta Hikmat : Kemaskini - 12 Januari 2006   BAHASA JIWA BANGSA........BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KITA  


MENU


BAHASA SAJAK

 

SAJAK

  • AGAMA

  • SOSIAL

  • POLITIK

  • ULASAN SAJAK PILIHAN

     


    LAMAN UTAMA

     

     

    SAJAK [ Sosial ]

    ANAK ITU ANAK SIAPA?

    Anak itu dibiarkan bebas
    Merangkak, berjalan sesuka hati
    Tidak dipaksa kehendak sesiapa
    Anak itu dibiarkan alpa
    Siapa Tuhan?
    Dia bertanya
    Anak itu dibiarkan berkata
    Bermain ragam, bertikam lidah
    Tidak ditegur si orang tua
    Anak itu dibiarkan berdusta
    Anak itu dibiarkan memaksa
    Dipenuhi permintaan segala
    Si ayah hanya mengganguk kepala
    Anak itu dibiarkan bermaharajalela
    Aku Raja!
    Dia berkata
    Anak itu mengenal dewasa
    Anak itu kini dipenjara
    Dituduh menjadi musuh manusia
    Membunuh, memperkosa, dan
    1001 macam jenayah jua
    Mungkin digantung esok lusa
    Aku tidak mahu mati!
    Sesal dia berbicara
    Anak itu anak siapa?

     




    • ^TOP
       
      Copyright nurira 2006

     

    RENUNGKAN...


    Tika kaulemah, sahabatmu ada untuk kauluah rasa
    Tika kaugoyah, kau harus kuat kerana kau pembawa agama
    Tika kauterluka kau harus tabah kerana kau mujahid muda

    MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI:

    DALAM NEGARA

    e-sastera

    laman ilmiah

    berita harian online

    utusan malaysia online

     

    LUAR NEGARA

    harunyahya.com

    Islam at glance

    God and Science

     

    KHIDMAT MESRA PENGGUNA
    Untitled Document