ULASAN SAJAK PILIHAN
AKU TAK BERSALAH
Puisi
ini bernada sinis atau kritis, iaitu mengkritik satu
kepincangan atau tingkah laku sumbang dalam masyarakat
kita. Penyair cuba menyelami rasa sebagai seorang bayi
hasil dari hubungan yang terlarang.
Ia menampilkan rima hujung seperti a,b,c,d,e
pada rangkap pertama, a,b,b,b,a, pada rangkap kedua,
a,b,b,c,d,d,e, manakala pada rangkap terakhir pula berima,
a,a,b. Jadi berpandukan baris dan rima hujung pada setiap
rangkap, sajak ini ternyata berbentuk bebas.
- Maksud Rangkap
di dalam Sajak
Aku hanya segumpal
kapas putih
bersih
nurani nafasku suci
dan
tiap sentuhan jemarimu
aku
tersenyum, tertawa riang bergelodak
semilir
tangisan rindu, mengiringi seksfon semalam
Pada rangkap
pertama sajak ini,penyair menyatakan bahawa aku ( bayi
hasil hubungan luar nikah ) adalah suci umpama segumpal
kapas,bersih hati dan bernafas suci. Aku akan tersenyum
dan ketawa hanya dengan sentuhan jemari. Tangisan merindu
aku pula akan bergema bersama tiupan angin malam. Di
sini penyair menggunakan seksofon malam untuk lari dari
klise bagi menggantikan irama/simfoni atau siulan hembusan
angin malam. Namun, bagi saya rasanya pemilihan perkataan
ini menjejaskan kelancaran sajak. Sajak tidak akan menjadi
klise dengan hanya sekerat ungkapan,elok rasanya penyair
mengekalkan simfoni/irama/siulan malam.
sesalnya aku
mencantas nalurimu
dengan tangisan seksa
mengikat bebas terbangmu
ke angkasa raya
tapi bukan pintaku,
engkau yang mencipta
wujudku
Penyair menggambarkan bahawa aku (bayi
itu) menyesal kerana lahirnya menghalang kebebasan ibunya
untuk hidup bebas. Dirinya lahir bukan dipinta tetapi
ibunyalah yang melahirkannya.
andai
tersurat dari janji kejadian
hadirku
bukan permata ke ribaanmu
aku
rela mati, andai itu yang engkau mahu
dari
celik ke dunia
yang
hanya tetamu tong sampah
terbiar
di rumah Allah, pada pengasuh
atau
tepian jalan
Pada rangkap
ini,penyair menggambarkan bahawa ‘aku’ rela mati andai
ia bukan permata hati ibunya daripada dilahirkan terbiar
di tong sampah atau menjadi menjadi kesayangan pengasuh
atau dibuang di tepi jalan.Sebenarnya perasaan putus
asa ini sepatutnya tidak ada jika kita menerima baris
pertama rangkap ini "Andai
tersurat dari panji kejadian". Kerana jika
kita putus asa, maka tandanya kita tidak redha dengan
takdir.
Kekesalan atau rasa tidak
puashati yang sepatutnya wujud adalah seperti pada rangkap
terakhir.
Cukuplah
amarah alam bermaharajalela
di gerbang
sana
dan aku,carilah
harga kekhilafanmu
Iaitu ‘aku’ merasa tersiksa
dan cukuplah dia dibenci oleh manusia, janganlah ditambah
seksaan itu dengan membuangnya di mana-mana.Cuma baris
terakhir sajak ini agak kabur untuk saya fahami dan
aku,carilah harga kekhilafanmu.
Adakah yang mencari harga sebuah kesilapan itu adalah
‘aku’, ataupun pencarian kesilapan itu dipikul oleh
ibu kepada ‘aku’?
|