Make your own free website on Tripod.com
 
Tinta Hikmat : Kemaskini - 12 Januari 2006   BAHASA JIWA BANGSA........BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KITA  


MENU


BAHASA SAJAK

 

SAJAK

  • AGAMA

  • SOSIAL

  • POLITIK

  • ULASAN SAJAK PILIHAN

     


    LAMAN UTAMA

     

     

    ULASAN SAJAK PILIHAN


    SANDARAN SUMPAHNYA

    • Tema

    Sajak ini bertemakan ketuhanan. Sumpah yang dimaksudkan oleh penyair; ialah sumpah Allah dalam al-Quran surah al-asr yang ertinya;

    "Demi masa, sesunguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali orang-orang yang beramal soleh. Dan berpesan (nasihat) dengan kebenaran dan berwasiat (berpesan) dengan kesabaran."

    Sumpah Allah dalam al-Quran ini dijadikan panduan oleh penyair untuk menjalani kehidupannya di dunia ini.

     

    • Maksud Rangkap di dalam Sajak

    Aku melangkah yakin dan pasti

    Ini menggambaran keazaman dan keyakinan penyair dalam menjalani kehidupan di dunia ini mesti berpandukan kitab suci al Quran.

     


    menoleh bukan tabiat diri

    Penyair tidak akan menoleh ke belakang dengan mengambil ajaran atau fahaman dari kitab lain sebagai pedoman hidupnya. Keyakinan seperti inilah yang sepatutnya dimiliki oleh setiap muslim yang ingin mendapat kebahagiaan hidup di dunia dan juga di akhirat. Tanpa keyakinan yang kukuh seseorang mukmin itu pasti mudah tepengaruh oleh unsur-unsur yang merosakkan kehidupannya.

     

    yang awas berjalan seiring
    yang cuai tinggal.

    Penyair menasihatkan supaya kita sentiasa mengawasi tindak tanduk dan tingkah laku supaya hidup kita selamat di dunia dan juga di Akhirat. Pesanan ini bukan saja ditujukan ditujukan oleh penyair kepada orang lain tetapi juga merupakan peringatan untuk diri penyair sendiri. Hal ini dijelaskan oleh penyair alam rangkap berikutnya;

     

    Aku melangkah yakin dan pasti

    Selain dari maksudnya yang jelas dan mudah difahami, ayat-ayat di atas juga merupakan bahasa perbandingan yang ironis yang amat disenangi. Baris ini dan beberapa baris lain menunjukkan bahawa penyair berupaya menghasilkan sajak yang kemas dan bertenaga.

    Penyair benar-benar yakin bahawa mereka yang mendapat petunjuk dan hidayah daripada Allah swt akan selamat hidup di dunia dan di Akhirat.

    Dalam sajak “Sandaran Sumpah-Nya” rangkap ini sebanyak dua kali. Kali pertama di baris yang pertama dan kali kedua di baris kelima. Ini menunjukkan penyair benar-benar sudah teguh keyakinannya dan kepastiannya untuk meneruskan kehidupan ini.

     

    tak mungkin kaupintas dengan kaki
    yang dapat memintas hanyalah akal
    yang cekap dan cekal.

    Bermaksud tidak sesiapa pun yang boleh mengubah secara paksaan keyakinan, pendirian, pegangan hidup penyair. kecuali mereka yang beriman, berilmu pengetahuan dan sama-sama sanggup berjuang menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayat kaupintas dengan kaki dan memintas hanyalah akal merupakan metafora yang menarik.

     

    Padaku tersandar sumpah-Nya
    tentu rugi engkau
    kecuali padamu ada percaya
    ada amal
    ada nasihat.

    Di sinilah letaknya pintu rahsia yang saya maksudkan itu. Penyair dengan bijak meletakkan pintu rahsia ini pada rangkap yang kesembilan. Dengan menulis sumpah-Nya itu jelas yang diaksudkan oleh penyair ialah Allah swt. Ini dijelaskan lagi dengan adanya ayat-ayat rugi engkau, kecuali, amal dan nasihat.

    • Pengajaran dari Sajak ini

    Melalui Sajak “ Sandaran Sumpahnya” Penyair mengajak kita supaya menjadikan al Quran khususnya Surah Al Ashr itu sebagai pedoman hidup kita. Sesungguhnya manusia memang sentiasa dalam kerugian kecuali mereka yang beramal soleh dan mereka yang saling memberi nasihati.

    Kenapa Allah swt bersumpah dengan firmannya “ Demi Masa manusia dalam kerugian?”. Allah menjadikan tiga golongan makhluk yang berbeza. Malaikat dijadikan ada akal fikiran tapi tidak ada nafsu. Kerana itu tidak hairanlah mereka makhluk yang taat. Mereka yang disuruh sujud akan bersujud hingga hari kiamat sebab mereka tidak ada nafsu yang berkehendakkan makan minum, tidur dan sebagainya. Makhluk binatang pula dijadikan ada nafsu tapi tak ada akal. Kerana itu mereka hidup bebas tanpa dosa pahala dan tidak ada istilah balasan di hari akhirat untuk mereka. Tetapi manusia dijadikan makhluk yang paling istimewa sebab ada akal dan ada nafsu. Ada sifat malaikat dan binatang dalam diri manusia.

    Menurut kisahnya, nafsu itu satu makhluk yang dijadikan oleh Allah tersangatlah jahatnya. Dan sebelum di masukkan ke dalam diri Nabi Adam, makhluk yang bernama nafsu itu di rendam dulu oleh Malaikat selama seribu tahun dalam lautan yang tersangat sejuk kemudian direndam lagi ke dalam lautan yang teramat panas. Namun nafsu tetap tidak tunduk kepada Allah sambil berkata “ Aku adalah aku dan Engkau adalah Engkau.” Itulah nafsu yang ada dalam diri manusia. Dengan adanya nafsu itulah manusia berkehendakkan makan minum, tidur, sex dan sebagainya. Dengan adanya nafsu juga manusia melakukan kerosakan di muka bumi kerana nafsu itu cenderung kepada hiburan, kesombongan, mengumpul harta dan sebagainya.

    Dikatakan kerugian kerana ada manusia yang leka dengan bermain judi sehingga sanggup menghabiskan wang dan masanya yang berharga di meja judi. Ada manusia leka meminum arak sehingga akal warasnya yang amat bernilai itu dikuasai oleh alkohol. Ada manusia asyik mencari hiburan kerana menyangka hiburan itulah yang boleh membahagiakan hidupnya. Dan paling malang ada manusia asyik mengumpul harta sepanjang hidupnya seolah harta itulah Tuhannya.

    Kabarnya Saddam Hussain yang berkuasa di Iraq selama 20 tahun berjaya mengumpulkan harta lebih RM38. bilion (lebih tiga puluh lapan ribu juta ringgit Malysia). Ada seorang raja membena sebuah istana yang mengandungi 1788 bilik dan setiap bilik sebesar kondo mewah. Kerana tersangatlah kayanya hingga tandas istana baginda pun bersalut emas. (maaf alaieffa). Kalaulah harta yang dimiliki oleh pemimpin-pemimpin di negara-negara islam hari ini , jika dikeluarkan wang zakatnya diberikan kepada yang berhak menerimanya nescaya tidak ada lagi umat islam yang miskin.

    Sejarah Qarun menceritakan bagaimana seorang yang kaya raya hingga hartanya tidak terhitung jumlahnya akhirnya mati di telan bumi. Firaun yang berkuasa selama 500 tahun di Mesir sehingga sanggup mengaku Tuhan dan memaksa rakyat menyembahnya. Akhirnya mati dengan penuh kehinaan di telan laut merah.

    Mereka itulah yang dimaksudkan dalam kerugian oleh Allah swt kerana kekayaan dan kekuasaan yang mereka miliki tidak kekal apabila mati semuanya akan ditinggalkan.

    Sebaliknya mereka yang beramal soleh dan selalu mengajak manusia membuat kebaikan dan menyeru manusia jangan melakukan kerosakan di bumi ini akan mendapat keuntungan di dunia dan di akhirat.

    Sebagai contoh, Nabi Muhammad saw walaupun usia baginda cuma 62 tahun, walaupun baginda tidak kaya raya harta, tidak menjadi raja atau menteri yang berkuasa namun kerana amal soleh yang baginda lakukan, baginda beroleh keuntungan di dunia dan akhirat. Semasa hidup baginda di sanjung selepas wafat baginda di kenang. Tidak ada pemimpin lain di dunia ini selain Nabi Muhammad yang makamnya diziarahi oleh jutaan manusia pada setiap tahun. Itulah yang dimaksudkan Allah mereka yang beramal Soleh dan berpesan-pesan untuk kebaikan itu yang mendapat kemenangan.

    Sajak ini mengingatkan kita supaya insaf dengan sumpah Allah “Demi masa sesunguhnya manusia itu dalam kerugian. Kecuali yang beramal soleh….”

     

     

     


    • ^TOP
       
      Copyright © nurira 2006
     

     

    RENUNGKAN....


    Lahirnya manusia disambut dengan azan. Matinya manusia diiringi solat.. Antara azan dan solat... Alangkah singkatnya hidup ini...




    MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI:

    DALAM NEGARA

    e-sastera

    laman ilmiah

    berita harian online

    utusan malaysia online

     

    LUAR NEGARA

    harunyahya.com

    Islam at glance

    God and Science

     

    KHIDMAT MESRA PENGGUNA

     

    Untitled Document