Tinta Hikmat : Kemaskini - 12 Januari 2006   BAHASA JIWA BANGSA........BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KITA  


MENU


BAHASA SAJAK

 

SAJAK

  • AGAMA

  • SOSIAL

  • POLITIK

  • ULASAN SAJAK PILIHAN

     


    LAMAN UTAMA

     

     

    ULASAN SAJAK PILIHAN

    SETELUR ADAM

     

    • Tema


    Sajak ini sekali imbasnya bercorak balada tetapi jika dihayati dan ditelaah ada corak satira bernada sindiran. Jika dilihat pada selapis atau zahir sajak ini,ia menampilkan perasaan dan pemerhatian penulis tentang proses kejadian manusia. Tetapi jika ditelaah dan diperhati dengan sedikit mendalam sajak ini menampilkan sindiran tentang senario politik negara.

     

    • Bentuk Sajak

    Jika diteliti pada rima hujung dan bait sajak ini,iaitu a,b,c,d,d,b,b,b,
    pada rangkap pertama,a ( iaitu sebaris ) pada rangkap kedua dan a.b.c,d,d di
    rangkap ketiga, sajak ini adalah berbentuk bebas. Begitu juga pada bilangan
    baris pada setiap bait tidak menunjukkan ciri-ciri sebuah puisi tradisional
    iaitu 8,1 dan 5 baris pada tiga baitnya.

     

    • Gaya Bahasa

    Pada rangkap ketiga di baris menampilkan aliterasi pada huruf d, n, dan k seperti berikut: di nafas pendek nan angkuh jua menampilkan asonansi vokal a dan e iaitu nafas pendek nan angkuh.

     

    • Maksud Rangkap di dalam Sajak

    setelur adam
    mengetuk gerbang fana
    mengikat janji, bersimpul-simpul
    tatkala sedang ia membenih
    di kota agum sang perempuan
    akan dia
    abdi segala
    hanya demi NYA.

    Rangkap pertama sajak ini secara zahirnya mengisahkan tentang proses biologi kejadian manusia iaitu benih lelaki ( Adam ) berusaha bersenyawa ( mengetuk ) dan membenih di telur (ovari) wanita kerana memang sunnahnya begitu . Proses ini tidak lain hanyalah sebuah ketaatan kepada Ilahi yang telah mengatur sunnah tersebut ( proses persenyawaan ).

    Jika dilihat disebalik sajak ini, ia boleh ditafsirkan seorang atau
    sekumpulan ahli politik ( setelur Adam ) yang menabur janji yang berbelit-belit untuk menagih undi insan-insan lemah (sang perempuan) kononnya dia hamba Allah yang akan memakmurkan dan memajukan bumi. Pada baris pertama penulis melakukan
    sedikit kesilapan yang mungkin tidak disengajakan iaitu mengeja adam dengam huruf “a” bukan “A”, pada hemat saya Adam adalah nama khas biarpun disandarkan dengan kaum iaitu Kaum Adam maka kedua-dua huruf K dan A perlu ditulis huruf besar kerana ia telah menjadi nama khas jua ( Jika silap, mohon tunjuk ajar dari cikgu dan prof. )

     

    :: dia bakal khalifah ::

    Sebaris rangkap kedua ini menunjukkan bahawa proses persenyawaan tadi bakal melahirkan seorang manusia iaitu khalifah Allah. Maksud tersiratnya menerangkan bahawa ahli politik tersebut yang menabur janji berbelit-belit nanti jika beliau menang akan menjadi seorang pemimpin.

     

    si adam
    kini memegang mahkota
    di nafas pendek nan angkuh
    dan dia
    gila dunia.

    Rangkap ketiga sajak ini, penulis menjelaskan bahawa renangan benih manusia lelaki akhirnya berjaya melahirkan manusia ( kini memegang mahkota ) yang usianya pendek dan pada fitrahnya manusia akan sayang pada dunia ( gila dunia ) . Di sebalik maksud tersebut, ahli politik tadi telah menang dan menjadi sekurang-kurangnya wakil rakyat untuk sepenggal iaitu suatu jangka masa yang pendek ( di nafas pendek yang angkuh ) tetapi dia angkuh. Bukan sahaja angkuh tetapi dia menjadi gila dunia dengan mengumpulkan kekayaan. Kesalahan ejaan Adam jua diulangi di rangkap ini selain prosaik pada baris keempat kerana penulis memasukkan perkataan “dan” tetapi ia tidak menjejaskan keindahan sajak ini. Penulis boleh jua mengungkapkan begini “dia, gila dunia” dengan menggabungkan baris 4 dan 5.



    • ^TOP
       
      Copyright © nurira 2006

     

    RENUNGKAN...


    Ketenangan atau kebahagiaan itu adalah hembusan dari langit, diturunkan ke dalam hati orang beriman, mereka tetap teguh ditengah kegoncangan, yakin ditengah keraguan, dan sabar ditengah keresahan.


    MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI:

    DALAM NEGARA

    e-sastera

    laman ilmiah

    berita harian online

    utusan malaysia online

     

    LUAR NEGARA

    harunyahya.com

    Islam at glance

    God and Science

     

    KHIDMAT MESRA PENGGUNA

     

    Untitled Document