Tinta Hikmat : Kemaskini - 12 Januari 2006   BAHASA JIWA BANGSA........BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KITA  


MENU


BAHASA SAJAK

 

SAJAK

  • AGAMA

  • SOSIAL

  • POLITIK

  • ULASAN SAJAK PILIHAN

     


    LAMAN UTAMA

     

     

    SAJAK [ Agama ]

    AKULAH PENGEMIS ITU!
     
    Tuhan
    sudah banyak pintu kuketuk
    dengan pakaian compang begini
    membawa wajah cemar
    kutadah dengan tangan hitam
    meminta sedikit suapan ihsan
    dan, aku hanya di beri seranah,
    di sergah, dijeruah penuh hina
    kerana akulah,
    pengemis berdosa!

    Tuhan
    kubawa kaki berkematu noda ini
    melalui rua taubat yang sama
    dan tangan ini masih meminta-minta
    merayu tanpa malu
    sesuap santapan rahmat-Mu
    kerna kuyakin dihujung sana
    telah Kau-hidangi sajian mewah
    dalam dulang keampunan.

    Sudah kutiba di tangga keinsafan
    kuketuk pintu cinta-Mu
    bertalu-talu!
    bukalah Tuhan, bukalah
    kerana akulah,
    pengemis itu!

     

     

     



    • ^TOP
       
      Copyright © nurira 2006
     

     

    RENUNGKAN....


    “Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati,
    Padahal kamulah orang-orang yang paling tinggi darjatnya,
    Jika kamu orang-orang yang beriman”
    Ali Imran : 139

    MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI:

    DALAM NEGARA

    e-sastera

    laman ilmiah

    berita harian online

    utusan malaysia online

     

    LUAR NEGARA

    harunyahya.com

    Islam at glance

    God and Science

     

    KHIDMAT MESRA PENGGUNA

    Untitled Document