Tinta Hikmat : Kemaskini - 12 Januari 2006   BAHASA JIWA BANGSA........BERSAMA MEMARTABATKAN BAHASA MELAYU KITA  


MENU


BAHASA SAJAK

 

SAJAK

  • AGAMA

  • SOSIAL

  • POLITIK

  • ULASAN SAJAK PILIHAN

     


    LAMAN UTAMA

     

     

    ULASAN SAJAK PILIHAN

    AKU TAK BERSALAH

    • Tema dan Persoalan

    Puisi ini bernada sinis atau kritis, iaitu mengkritik satu kepincangan atau tingkah laku sumbang dalam masyarakat kita. Penyair cuba menyelami rasa sebagai seorang bayi hasil dari hubungan yang terlarang.

     

    • Bentuk Sajak

    Ia menampilkan rima hujung seperti a,b,c,d,e pada rangkap pertama, a,b,b,b,a, pada rangkap kedua, a,b,b,c,d,d,e, manakala pada rangkap terakhir pula berima, a,a,b. Jadi berpandukan baris dan rima hujung pada setiap rangkap, sajak ini ternyata berbentuk bebas.

     

    • Maksud Rangkap di dalam Sajak

    Aku hanya segumpal kapas putih

    bersih nurani nafasku suci

    dan tiap sentuhan jemarimu

    aku tersenyum, tertawa riang bergelodak

    semilir tangisan rindu, mengiringi seksfon semalam

    Pada rangkap pertama sajak ini,penyair menyatakan bahawa aku ( bayi hasil hubungan luar nikah ) adalah suci umpama segumpal kapas,bersih hati dan bernafas suci. Aku akan tersenyum dan ketawa hanya dengan sentuhan jemari. Tangisan merindu aku pula akan bergema bersama tiupan angin malam. Di sini penyair menggunakan seksofon malam untuk lari dari klise bagi menggantikan irama/simfoni atau siulan hembusan angin malam. Namun, bagi saya rasanya pemilihan perkataan ini menjejaskan kelancaran sajak. Sajak tidak akan menjadi klise dengan hanya sekerat ungkapan,elok rasanya penyair mengekalkan simfoni/irama/siulan malam.

     

    sesalnya aku

    mencantas nalurimu dengan tangisan seksa

    mengikat bebas terbangmu ke angkasa raya

    tapi bukan pintaku, engkau yang mencipta

    wujudku

    Penyair menggambarkan bahawa aku (bayi itu) menyesal kerana lahirnya menghalang kebebasan ibunya untuk hidup bebas. Dirinya lahir bukan dipinta tetapi ibunyalah yang melahirkannya.


    andai tersurat dari janji kejadian

    hadirku bukan permata ke ribaanmu

    aku rela mati, andai itu yang engkau mahu

    dari celik ke dunia

    yang hanya tetamu tong sampah

    terbiar di rumah Allah, pada pengasuh

    atau tepian jalan

    Pada rangkap ini,penyair menggambarkan bahawa ‘aku’ rela mati andai ia bukan permata hati ibunya daripada dilahirkan terbiar di tong sampah atau menjadi menjadi kesayangan pengasuh atau dibuang di tepi jalan.Sebenarnya perasaan putus asa ini sepatutnya tidak ada jika kita menerima baris pertama rangkap ini "Andai tersurat dari panji kejadian". Kerana jika kita putus asa, maka tandanya kita tidak redha dengan takdir.

    Kekesalan atau rasa tidak puashati yang sepatutnya wujud adalah seperti pada rangkap terakhir.

    Cukuplah amarah alam bermaharajalela

    di gerbang sana

    dan aku,carilah harga kekhilafanmu

    Iaitu ‘aku’ merasa tersiksa dan cukuplah dia dibenci oleh manusia, janganlah ditambah seksaan itu dengan membuangnya di mana-mana.Cuma baris terakhir sajak ini agak kabur untuk saya fahami dan aku,carilah harga kekhilafanmu.
    Adakah yang mencari harga sebuah kesilapan itu adalah ‘aku’, ataupun pencarian kesilapan itu dipikul oleh ibu kepada ‘aku’?


     


     


    • ^TOP
       
      Copyright © nurira 2006
     

     

    RENUNGKAN....


    Kebekuan air mata dari kerasnya HATI,
    Kerasnya hati dari banyaknya DOSA,
    Banyaknya dosa kerana lupanya MATI,
    Lupanya mati kerana terlalu CINTAKAN DUNIA.


    MENARIK UNTUK DIKUNJUNGI:

    DALAM NEGARA

    e-sastera

    laman ilmiah

    berita harian online

    utusan malaysia online

     

    LUAR NEGARA

    harunyahya.com

    Islam at glance

    God and Science

     

    KHIDMAT MESRA PENGGUNA

     

     

    Untitled Document