ULASAN SAJAK PILIHAN
SETELUR ADAM
Sajak ini sekali imbasnya bercorak balada tetapi jika
dihayati dan ditelaah ada corak satira bernada sindiran.
Jika dilihat pada selapis atau zahir sajak ini,ia menampilkan
perasaan dan pemerhatian penulis tentang proses kejadian
manusia. Tetapi jika ditelaah dan diperhati dengan sedikit
mendalam sajak ini menampilkan sindiran tentang senario
politik negara.
Jika diteliti pada rima hujung dan
bait sajak ini,iaitu a,b,c,d,d,b,b,b,
pada rangkap pertama,a ( iaitu sebaris ) pada rangkap
kedua dan a.b.c,d,d di
rangkap ketiga, sajak ini adalah berbentuk bebas. Begitu
juga pada bilangan
baris pada setiap bait tidak menunjukkan ciri-ciri sebuah
puisi tradisional
iaitu 8,1 dan 5 baris pada tiga baitnya.
Pada rangkap ketiga di baris menampilkan
aliterasi pada huruf d, n, dan k seperti berikut: di
nafas pendek nan angkuh jua menampilkan asonansi
vokal a dan e iaitu nafas pendek
nan angkuh.
- Maksud Rangkap di dalam Sajak
setelur adam
mengetuk gerbang fana
mengikat janji, bersimpul-simpul
tatkala sedang ia membenih
di kota agum sang perempuan
akan dia
abdi segala
hanya demi NYA.
Rangkap pertama
sajak ini secara zahirnya mengisahkan tentang proses
biologi kejadian manusia iaitu benih lelaki ( Adam )
berusaha bersenyawa ( mengetuk ) dan membenih di telur
(ovari) wanita kerana memang sunnahnya begitu . Proses
ini tidak lain hanyalah sebuah ketaatan kepada Ilahi
yang telah mengatur sunnah tersebut ( proses persenyawaan
).
Jika dilihat
disebalik sajak ini, ia boleh ditafsirkan seorang atau
sekumpulan ahli politik ( setelur Adam ) yang menabur
janji yang berbelit-belit untuk menagih undi insan-insan
lemah (sang perempuan) kononnya dia hamba Allah yang
akan memakmurkan dan memajukan bumi. Pada baris pertama
penulis melakukan
sedikit kesilapan yang mungkin tidak disengajakan iaitu
mengeja adam dengam huruf “a” bukan “A”, pada hemat
saya Adam adalah nama khas biarpun disandarkan dengan
kaum iaitu Kaum Adam maka kedua-dua huruf K dan A perlu
ditulis huruf besar kerana ia telah menjadi nama khas
jua ( Jika silap, mohon tunjuk ajar dari cikgu dan prof.
)
:: dia bakal
khalifah ::
Sebaris rangkap kedua ini menunjukkan
bahawa proses persenyawaan tadi bakal melahirkan seorang
manusia iaitu khalifah Allah. Maksud tersiratnya menerangkan
bahawa ahli politik tersebut yang menabur janji berbelit-belit
nanti jika beliau menang akan menjadi seorang pemimpin.
si adam
kini memegang mahkota
di nafas pendek nan angkuh dan
dia
gila dunia.
Rangkap ketiga
sajak ini, penulis menjelaskan bahawa renangan benih
manusia lelaki akhirnya berjaya melahirkan manusia (
kini memegang mahkota ) yang usianya pendek dan pada
fitrahnya manusia akan sayang pada dunia ( gila dunia
) . Di sebalik maksud tersebut, ahli politik tadi telah
menang dan menjadi sekurang-kurangnya wakil rakyat untuk
sepenggal iaitu suatu jangka masa yang pendek ( di nafas
pendek yang angkuh ) tetapi dia angkuh. Bukan sahaja
angkuh tetapi dia menjadi gila dunia dengan mengumpulkan
kekayaan. Kesalahan ejaan Adam jua diulangi di rangkap
ini selain prosaik pada baris keempat kerana penulis
memasukkan perkataan “dan” tetapi ia tidak menjejaskan
keindahan sajak ini. Penulis boleh jua mengungkapkan
begini “dia, gila dunia” dengan menggabungkan baris
4 dan 5.
|